Sumbangan Anda Dapat Menyelamatkan Nyawa Mereka
Lebih ramai lagi yang dapat dibantu dengan bertambahnya bilangan ambulans.
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu adalah sebuah NGO yang membantu golongan memerlukan tertutama sekali golongan asnaf.
Alhamdulillah, kini, kami sudah berjaya membeli ambulans yang ketiga dan kami berhasrat untuk menambah bilangan ambulans dari masa ke semasa disebabkan oleh permintaan yang tinggi oleh masyarakat setempat.
Semakin hari semakin ramai pesakit yang perlu berulang-alik ke hospital namun ketiadaan pengangkutan telah menyukarkan pergerakan mereka.
Dengan bantuan dana yang anda berikan, kami dapat meluaskan lagi sasaran bantuan selain dapat membantu menghantar pesakit untuk ke hospital.
BERAPAKAH DANA YANG DIPERLUKAN?
Pembelian sebuah ambulans memerlukan dana sebanyak RM300K.
Justeru, kami memerlukan sejumlah dana sebanyak RM 1.2 JUTA secara keseluruhannya yang meliputi:
1) Pembelian 4 unit ambulans.
Semakin banyak anda bersedekah, semakin ramai golongan asnaf yang boleh kami bantu dalam masa terdekat ini.
Sabda Rasulullah SAW,
“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
Hadis di atas jelas mengatakan bahawa Allah pasti memudahkan segala urusan kita di dunia mahupun di akhirat andai kita membantu orang lain walaupun melalui sedekah.
SUMBANGAN SECARA MANUAL
Bank: BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)
Nama Akaun: Tetuan Yayasan Amal (AMAL) Cawangan Terengganu
No Akaun: 1301 7010 8240 95
Sila letakkan reference "Ambulans" untuk memudahkan pihak kami mengagihkan dana yang telah disumbangkan.
Sesungguhnya hanya doa di setiap solat kami yang mampu kami balas atas kesudian anda berkongsi sedikit rezeki kepada Yayasan Amal Terengganu. Semoga para penderma sentiasa di bawah lindungan Allah di dunia dan di akhirat.
Firman Allah (Surah Al-Baqarah: 195),
"Dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik".