Akaun yayasanamalmalaysiaterengganu.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Sumbangan Anda Dapat Menyelamatkan Nyawa Mereka

 



DENGAN BERTAMBAH AMBULANS, BERTAMBAH JUGA KEBAIKAN DENGAN BERKAT PENGGUNAAN AMBULANS INI 

 

MARI KITA TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB UNTUK BERSEDEKAH

DI BULAN REJAB YANG MULIA INI 


Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu adalah sebuah NGO yang membantu golongan memerlukan tertutama sekali golongan asnaf.

Kini, kami sedang dalam usaha mengumpul dana untuk menambah bilangan ambulans disebabkan oleh permintaan yang tinggi oleh masyarakat setempat.

 


Semakin hari semakin ramai pesakit yang perlu berulang-alik ke hospital namun ketiadaan pengangkutan telah menyukarkan pergerakan mereka.

Dengan bantuan dana yang anda berikan, kami dapat meluaskan lagi sasaran bantuan selain dapat membantu menghantar pesakit untuk ke hospital.

 


BERAPAKAH DANA YANG DIPERLUKAN?

Kami memerlukan sejumlah dana sebanyak RM600K secara keseluruhannya yang meliputi:


1) Pembelian 2 unit ambulans

2) Pembayaran gaji untuk 4 orang staf


Semakin banyak anda bersedekah, semakin ramai golongan asnaf yang boleh kami bantu dalam masa terdekat ini.

 

Sabda Rasulullah SAW,

“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”

 

Hadis di atas jelas mengatakan bahawa Allah pasti memudahkan segala urusan kita di dunia mahupun di akhirat andai kita membantu orang lain walaupun melalui sedekah.

 

SUMBANGAN SECARA MANUAL

 

Bank: BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)

Nama Akaun: Tetuan Yayasan Amal (AMAL) Cawangan Terengganu

No Akaun: 1301 7010 8240 95

 

Sila letakkan reference "Ambulans" untuk memudahkan pihak kami mengagihkan dana yang telah disumbangkan.

 

Sesungguhnya hanya doa di setiap solat kami yang mampu kami balas atas kesudian anda berkongsi sedikit rezeki kepada Yayasan Amal Terengganu. Semoga para penderma sentiasa di bawah lindungan Allah di dunia dan di akhirat.

 

Firman Allah (Surah Al-Baqarah: 195),

"Dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik".